Monday, January 31, 2011

Terima Kasih


hyep hyep =)

assalam ya..waduh2..udah lama dong nggak dibelai sama ini belog, rasa kepingin banget bilangin kisah2 baru sama lor, tapi ya masanya nggak mengijinkan, yaa sabar aja udah la~

haha..copp2!! jangan pikir bukan2 yee,, aku still lagi kerakyatan malaysia. saje je buat loghat macam tu..bak kata Mr.A aku "saja buang tebiat". haha..opss,,anda jangan marah ye, chill sudaa ;)

hey..!!kamu kamu dan kamu dah makan ke belum??haa..belum??ha..oke la tu,kalau belum meh la belanja aku makan sekali..hehehe,,

ohh blog nak update apa ye tuk entry kali ni ?? hm..thinking2!!

haa,,ada perasan apa yang lain tak kat space "Cherita Arekiss Aredan" ni tak?? ada tak?? kalau takda tu hm..tak lama la tu..haha,,(gurau2 saja dong)..

ni haa..mood baru datang lagi,,biasa la kan..banyak sangat mood bermaharajalela, so this time mood aku ialah template baru. yeahh!! template baru der..heuheu~

yang lama punya tu biarkan dia aman bersemadi dalam notepad aku dulu..then yang ni ialah kelahiran baru untuk aku.

hm..hm..tapi tapi tapi kan...hm..

time tukar2 template nih....tangan aku tak sengaja tertekan satu button ni.. hadoyy,, habes hilang semua widget + gadget aku T_T huuuu~
apa boleh buat mak..dah lagu tu..redha je la.. (ayat sadis je..huhu)

tapi tak apa..tak adalah heavy sangat pun masalah tu, even hilang pun aku still boleh cari kat celah2 sesawang2 ni..cuma waste time sikit je la..huhu.

dan hasil blog kami ni belum 100% finish oke, akan mencari lagi bahan2 tambahan tuk rasa macam ikan siakap masak 3rasa..haha. (tetiba lapar pulak..huhu)

okeh done !

2nd story aku ialah nak habaq kat ampa2 sume..yang aku sekarang.....SUDAH GEMOKS!! hahaha.. tapi tapi.. sedih la der coz seluar aku degil taknak masuk lagi kat kaki aku T_T. so dengan rasminya pesanan aku berbunyi....... "Mr.A anda dikehendaki teman saya cari seluar baru oke! hehe" ^^

punca masalah kegemokskan :

1) makcik aku masak dah macam kat hostel (6kali makan).
2) kedietan aku terbatas sebab aku kena wajib makan..tak makan nanti kena marah! heuheu..naseb2~
3) and lastly ialah sebab.. Mr.A aku kuat makan..then segala lemak2 dia telah berpindah kat badan aku (sadis kan..) hehe.."encik jangan marah yee :D"

okeh cukup da kot!

hm,, esok2 sambung lagi la eh..
saja nak membusy2kan diri jap..huhu..

okeh..bubye!! =)



Sunday, January 23, 2011

Pelengkap Hidupku



PELENGKAP HIDUPKU

eren ft. romi

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia


i miss u


Thursday, January 20, 2011

jeles dengan mereka......


hm... dari dulu lagi aku jeles dengan mereka2 ni.
mesti best kan kalau aku pon ada macam diorang ada tu kan


tapi aku bersyukur sangat2 walaupon aku tak ada abang , aku still ada mak, abah, akak dan adik2 aku . aku sayang diorang semua sangat2 !! diorang je harta yang aku ada . aku taknak kehilangan diorang semua ...





Sekadar Renungan...


hm , bosan sangat hari ni aku kat ofis nih . bos lah ni pergi raya taknak ajak .. hee. bos tak datang kerja hari ni , so dengan rasminya aku pon tak ada kerja lah jugak kan. tp yang sedihnya aku terpaksa hadirkan diri jugak .. ehem2 , bukan terpaksa okee , tapi dengan hati yang ikhlas =) hehe,

tak ada benda nak dibuat so aku macam biasa lakukan aktiviti riadah aku iaitu meng'on9'kan diri..huhu. tapi on9 pon bosan jugak sebabnya tak ramai yang on9.. ye lah kan, hari cuti .. thaipusam. diorang yang tak sambut pon cuti jugak . aku je kena kerja..huhu..

agak lama aku kat ofis ni tanpa diberi sebarang kerja untuk dibuat..hm, aku pon pergi skodeng2 laman sesawang just untuk hiburkan hati ni. then aku tetiba..........

feel something different like as yesterday

mood aku lari ntah dengan tetiba. aku jadi lemah sangat..tak berdaya lagi menahan. aku pon mula menyibukkan diri melupakannya dengan buat benda lain. at last aku pon bukak satu website ni.then..aku tengok banyak ayat untuk direnungkan. tapi aku terpikat kat satu ayat iaitu ...


" SETIAP YANG KITA LAKUKAN BIARLAH JUJUR KERANA KEJUJURAN ITU TERLALU PENTING DALAM SEBUAH KEHIDUPAN. TANPA KEJUJURAN HIDUP SENTIASA MENJADI MAINAN ORANG"


okeh , aku baca ayat tu then aku renungkan kembali apa yang telah aku lakukan. yups memang betul mengenai ayat tu. hidup kita ni mestilah sentiasa jujur agar diri kita kelak tidak akan menjadi permainan orang. maksud yang sangat tersirat. tapi bila difahami betul2 ianya dapat menyedarkan kita tentang apa yang telah kita perbuat didunia ini.

jadi dengan hati yang agak sayu ( tak ada mood) , aku pon post ayat tu kat mukabuku aku . just untuk renungan bersama. andai hidup ini penuh dengan kepalsuan, maka hitamlah segala memori yang telah diwarnai.

buka hati buka minda fikirlah ke arah hadapan.
InsyaAllah hidup kita akan sentiasa ditemani dengan memori indah .

renung2kan dan selamat beramal
=)


Sunday, January 16, 2011

m e n u n g g u m u . .



hm.. tetiba lak rasa nak post something kat blog ni. sory coz da lama tak update (bz dengan praktikal).




jam sekarang tepat 00.50 pagi..hmm time2 macam ni lah aku paling tak boleh tahan kalau dah miss giler kat dye. duduk sorang2 dalam bilik dengan bunyi cengkerik menyanyi kat luar ditambah lagi dengan lagu2 'merdu' dalam lappy aku ni..aduh..memang sebak lah. teringat saat2 yang pernah dilalui bersama... suka sangat tengok dye happy + ceria + senyum + ketawa. tapi sekarang dah susah nak tengok depan mata aku sendiri. cuma dapat dengar bila dapat call dye je tapi tu pon tak nampak muka..hmm..



bila awak nak balik sini ?? saya dah rindu giler2 kat awak. teringin nak keluar sama2 dengan awak. jalan sama2 dengan awak. makan sama2 dengan awak. gelak sama2 dengan awak. semua sama2 dengan awak..



saya tahu sekarang memang susah kita nak jumpa kan.. masing2 bz. awak praktikal kat sana, saya pulak kat sini. nak tunggu habis praktikal ni memang lama.. tambah lagi nanti awak dah kerja. hm.. its okey sayang. saya tak kesah if itu semua untuk our future. saya cuma harap awak rasa apa yang saya rasa..saya rindu sangat kat awak. awak tak lupa saya kat sini pon dah buat saya happy.


awak if baca entry saya ni saya hope awak jangan sedih eh.. walaupon saya tak nampak awak tapi saya nak awak selalu happy. anggap je la apa yang saya tulis ni adalah luahan hati saya selama awak jauh dari saya. sayang saya kat awak memang saya tak boleh nak terangkan dengan kata2. hope u know how much i love u.


awak takecare kat sana okey .. ada masa nanti kita jumpa ea . saya sayang awak sangat2. i love u more than my words. jangan nakal2 taw b :)


Friday, January 7, 2011

. . .




mood : empty





just want to say










because











sukan itu sihat



salam malam yang indah lagi ceria..hehe.

lokasi : kluang only !

oh.. segarnya malam2 ni. sejak aku duk umah aunty aku, tiap malam ada jek plan diorang.. tapi xpe bagos jugak plan diorang tu.


yup ! bersukan..!!
hehe..aku pon pandai bersukan tau jangan ingat aku ni just duk rumah on9 jek 24 jam (haha..macam dah lama join sukan plak aku ni). okeh lah , nak cerita sikit ni.


tadi tepat jam 9 malam aku dengan aunty + uncle + cousin aku sampai diperkarangan "reble" (tu nama tempat aku pergi bersukan) erm..korang tahu ke aku bersukan apa sebenarnya ni? tak ada lah lasak mana pon sukan ni.. just kena guna tangan kaki dan mata sahaja. haha..


badminton ! yeah..dats rite bebeh!!
main just suka2 + dapat kurangkan lemak yang dah bertahun2 bermaharajalela kat badan aku ni ha..haha. penat jugak main ni , berpeluh2 aku dibuatnya.. lepas ni tak payah mandi air paip lagi dah. dah boleh teros mandi peluh..haha.. ;p


lepas bersukan pergi ngeteh kat "sahabat cafe kluang" pulak untuk tambah sedikit tenaga yang telah dicurahkan tadi.. ;)


antara pic yang sempat diambil .......




muka semangat nak bersukan.. haha.




kamilah bakal2 pemain negara ;p




aksi yang sangat berani !
*dah boleh buat frame gantung kat dinding..hehe




muka ini sangat femes lah ! haha




pemain2 harapan negara..haha.




ni lah lawan aku !
hampeh betul...aku tewas ditangan dye =.=




okeh ! muka da penat main
senyum dengan penuh harapan..haha



p/s : harap2 kurang lah berat badan aku nanti..hehe.


Thursday, January 6, 2011

suka dye !



nak cerita tentang cerita
huh? apa tu..macam belit2 jek. huhu.. macam ni, aku nak cerita about someone. suka sangat kat dye jugak lah !

tadi masa kuar p jumpa dye, aku skodeng2 pic dye then tanpa segan silu aku dengan selamba mintak one pic dari handphone dye..ngeee~ buat apa nak malu, bukan tak ada hidung pun..wekk ;p dan dye pon tanpa banyak tanya blutooth dengan handphone kesayangan aku. wahh dengan sepantasnya aku tatap pic uh kat handphone aku lak.hehe.


apa?? korang nak tengok pic tu??
tak malu eh..??
*buat apa nak malu, bukan tak ada hidung pon. haha.


pic apa la agaknya tu kan??
meh aku tunjukkan kat korang...



tadaaaa....!




ni lah Mr. A aku berbaju melayu..hehe suka3!! ^^


ha??korang tak suka??
biar la korang suka ke tak bukan aku peduli pon. aku sayang dye! :P


nway, thanks ye awak for pic neh...sy suka sgt2. ;)



p/s : wallpaper picture~



Tuesday, January 4, 2011

..just for u..


er..hm...ehmm..
feeling not good already. i really miss him so much ! =(

to Mr. A :
"awak.. hm hari ni (5hb january 2010) kita akan jumpa for the last day before awak pergi praktikal, lepas ni ntah bila kita jumpa lagi saya pun tak tahu. sy akan sentiasa doakan kebahagiaan dan kesejahteraan untuk awak. awak.. saya gembira dapat jumpa awak before awak berangkat pergi, tapi dalam masa yang sama saya pun rasa sedih sebab terpaksa jauh dengan awak. awak takecare kat sana nanti k dan jangan pernah lupa dengan saya kat sini eh. saya sentiasa rindu kat awak. u always in my heart.. i'm so happy to know about u and i will remember about the 1st time we date as a couple. u're everything to me dear. hm.. awak,, awak jangan gatal2 kat sana oke ! nanti kita contact2 kat sana tau. awak jangan marah kat saya if saya banyak kali call eh.. coz i really miss ur voice. i love u so much dear and really2 miss u. i'm gonna wait u everytime of my life.. "






Sunday, January 2, 2011

Jam Couple Kami :)



pinn pinn...!!
hye hye hye..salam 1 malaysia =)
lokasi aku sekarang kat rumah aunty & uncle aku (kluang) aku lepak jap kat rumah diorang, petang karang dah nak kena balik rumah nenek aku pulak. aku kena praktikal kat kluang (tempat kerja uncle aku) pasal tu lah aku kena merempat jap kat kluang ni sampai bulan april ni. tapi tak pe, sebab dye best!! tp ade jugak yang tak best sebab time ni lah aku dan Mr. A aku mula berjauhan.. huwaaa!! rindu membuak2 lah nanti..hehe. Mr. A aku memang sekarang tinggal kat kluang (tempat asal aku) tapi time praktikal ni dye dapat kat melaka dan aku pulak kluang. ntah bila dapat jumpa ag pasni tak tahu lah.. just pray to Allah hope walau berjauhan pon relationship kitorang takkan berakhir.amin..

kitorang ada beli jam couple tau..lawaaa(jangan jeles) hehe. actually dah lame beli, tapi tak ada lah lama mana pon. bulan 11 hari tu beli. skodeng2 aku punya mukabuku then terperasan pulak jam tu. nampak cantik + unik jek tu yang terus terpikat.hehe..so, dengan besar hati aku pon buat lah online shopping..dan lastly jam tu sampai jua ke tangan kitorang.




our couple watch :)


yang nampak cantik + unik kat mata aku ialah jam ni stainless steel dan jam ni LED tau warna merah. suka3!! plan nak beli LED biru.. tapi time tu stock habis la..so yang tinggal LED merah je. xpe lah.. dah suka tak boleh nak buat apa kan.. beli je lah.hehe.

aku tahu ramai yang antara korang semua nak ber'online' shopping tapi perasaan takut tu yang menghantui korang. betol tak? aku pon first2 rasa macam tu jugak. tapi hati ni tekad dan yakin boleh percaya je so dengan hati yang rela aku pon try buat online shopping ni.

perhatian kat korang ! kalau korang ada rasa was2 dan baru first time nak try online shopping ni kan, aku sarankan korang beli something yang harganya sikit dulu. contoh yang lower rm100. bukan apa.. takot nanti kang kena tipu pulak (sian kat x-roomate aku kena tipu ber'rat'2 duit dye). dan lagi 1, korang tanya sedetail2 nya mengenai shipping dan barang yang korang beli tu.

rahsia aku yakin bende ni boleh dipercayai ialah dengan tengok dye (owner facebook online shopping) punya friend berapa ramai dan comment dari diorang punya customer. time aku nak beli hari tu walaupon dye tak bagi nombor phone aku tetap nak mintak jugak..(hehe..berhati2 lah katakan) dan aku test lah send messange kat nombor tu mana lah tahu kan nombor yang dye bagi tu wujud atau tak. dan aku dapati ianya tindak balas positif. so dengan ni kerja ber'online' shopping aku akan jadi lebih mudah =)

okeh la.. pesanan dah banyak dibagi. aku nak p usha2 mukabuku aku pulak..hehe.. adios amigos ;)


p/s : 'awak' takecare jam tu baik2 ye.. :) ilysm~



Saturday, January 1, 2011

Award Tahun Baru


wahh..sungguh pantas jari-jemari ni menari2 diatas keyboard ni kan.haha.. actually tadi aku baru jek update entry yang sebelum ni. tiba2 aku dapat tahu aku dapat award..ngee~ nway congrate yeah cik bob ! kerana berjaya menghasilkan award ciptaan sendiri..(tabik2) haha. nak tengok rupa bentuk award tu?? ni lah dye ------->


chantek3!!!

tapi macam biasa jugak.. aku diberi tugas untuk menjawab beberapa soalan. tapi aku dah pernah buat entry tentang soalan yang diberi lah. dye tanya pasal azam baru aku tahun baru ni. so, kepada cik bob..aku minta maaf ye. ni aku bagi link entry azam baru aku tu k.. nak tahu azam baru aku, klik kat sini :)

dengan ni aku nak tag :
semua follower2 aku sebab cik bob kita ni cakap kalau lebih lagi bagus. betol tak cik bob? hehe.

*sebarang pertanyaan mengenai award ni boleh rujuk kat blog bob k..(klik sini)


p/s : cepat2 siapa lagi nak bagi aku award..ngeee~


Sedapnya Cokelat !


hye korang, apa kabar? sihat tak..? takkan lah tak sihat pulak sebab countdown semalam kot..hehe. harap2 sihat lah semua ye. =)

hari ni macam biasa.. aku nak berkongsi cerita dengan korang. tengok tajuk pon dah tahu kan. yups.. cokelat !! sangat sedap dimakan kalau lembut2 tu kan.. nyumm3.. hehe. korang nak tahu tak cokelat yang paling banyak aku pernah beli seumur hidup aku?? ha..ni bukan sebarang beli taw. aku beli guna duit sendiri lagi tu. waa..duit habes dekat cokelat jek. tapi tak pe, cokelat kan untuk makan.. untuk kenyangkan perut jugak.. betul kan? ni aku de upload pic cokelat yang aku beli tu.. nak tengok? jom skroll bawah ;)


tadaaaaaaaaa!!!


sangat macam2 lah cokelat ni kan..haha. actually aku beli cokelat ni semua time aku pergi bercuti kat langkawi hari tu lah.. boleh dikatakan murah jugak lah. tapi murah2 pon still mahal jugak kalau tak ada duit..haha.


yang kat atas ni pulak nama dye "confetteria raffaello ferrero". sedikit belit lidah lah kalau nak sebut tu. haha.. cokelat ni aku first time beli taw..sedap jugak lah sebab dye kira adik beradik dengan ferrero rocher.hehe.. (lable harga pon tak sempat tanggal..huhu).

sedap2 jugak makan cokelat ni. tapi kalau korang nak tahu ada kebaikan dan keburukannya kalau makan cokelat ni. nak tahu apa dye?? jom searching sama2 ;)

---------------------------------------------------------------------------------

* Kajian oleh Holland's National Institute of Public Health and Environment mendapati coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu mencegah kanser dan sakit jantung. Antioxidants juga mencegah proses penuaan (aging) yang disebabkan oleh free radicals [Fakta: 100mg teh mengandungi 13.9 milligrams catechins; 100mg 'dark chocolate' mengandungi 53.5 milligrams of catechins].



* Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.

* Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.
* Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.
* Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?
* Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.
* Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.
* Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca kerosakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur yea.


Namun, coklat juga ada keburukannya..

* Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
* Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
* Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
* Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.

--------------------------------------------------------------

aku ambil artikel ni dari laman sesawang. so kita sama2 dah tahu baik dan buruknya cokelat ni. sekurang2 nya tambah sikit ilmu didada pasal cokelat ni kan.walaupun ianya lebih banyak kepada kebaikan dari keburukan, kita pon perlu berhati2 jugak dalam pemakan ni. takut tak pasal2 kena penyakit pulak..huhu.okeh lah ,,aku berhenti sini dulu k.. next entry with new story bubye =)


p/s : nak cokelat datang lah rumah..


Tahun Baru & Azam Baru


Hepp! Hepp! Hooreyy!!

^^"

Bubye 2010 && Welcome 2011


yeahh!! Selamat Tahun Baru diucapkan kepada pembaca2 blog aku sekalian.. waahh pejam celik pejam celik rupanya sekejap je kita dah melangkah ke alaf baru 2011 kan. rasa macam baru jek semalam sambut tahun baru 2010.

kalau korang nak tahu, 2010 ni telah banyak mengajar kita erti kehidupan didunia ni. segala kenangan pahit manis suka duka semua tak pernah lari kan? banyak sangat kenangan yang telah kita cipta pada tahun 2010 itu.
jadi, yang pergi biarlah ia berlalu pergi. yang datang ni kita perlu sambut dengan segenap azam yang mungkin bakal merubah diri kita. berubah dari negatif kepada positif, yang baik kepada yang lebih baik. bercakap tentang tahun baru ni kan, agaknya apa azam korang eh?? dah pikir ke belom?? haa...kalau belom cepat2 lah pikir. jangan lah pulak sampai langsung tak nak berazam. banyak faedahnya kalau kita berazam ni. contohnya kita dapat mencipta sejarah yang mungkin sebelum ni belom pernah lagi tercipta. haa siapa tahu lah kan, azam yang korang impikan tu betul2 jadi kenyataan.. tuah dibadan jugak lah kan. tak kan lah korang tak nak berubah kepada yang lebih baik kan..so cepat2 lah pikir azam korang tu =)

apa azam aku??
korang rasa apa agaknya azam aku tahun baru ni eh..?
aku berazam nak menjadi yang lebih baik dari sebelum ni. aku ni kengkadang boros jugak taw, so sempena tahun baru ni aku berazam nak kumpol duit banyak2. nanti bila dah banyak aku boleh gunakan duit tu untuk keperluan aku. biasa lah..umur makin lanjut la katakan..hehe. aku nak beli rumah baru, kereta baru (lesen pon tak ambil lagi..huhu.insyaallah tahun ni ambil), dan semua baru2 lah. kalau dah ada duit kan makin senang kerja aku.. betol tak? so aku tahun ni tak nak lagi jadi yang pemboros.huhu..

azam kedua aku pulak ialah aku nak belajar betol2. bukan selama ni aku tak belajar betol2.. cuma main tu lebih sikit dari belajar. hehe.. banyak sangat godaan lah... tak tahan.hehe.. bukan godaan yang 'tuuuttt' tu tau. tapi godaan shopping, lepak2, dan seangkatan dengannya lah. memandangkan aku yang masih lagi ada mood nak sambung belajar, yang kalau sekarang ni aku hampir menghabiskan diploma, dan akan datang 'bakal' digelar calon degree (insyaAllah), aku berhajat nak buat yang sesungguh-sungguhnya. tak nak lagi main2. bila pikir2 balik nyesal pon ada jugak belajar main2. sebelum ni aku ada pergi seminar kerjaya, dia bagitahu "kalau kita nak hidup mewah mesti kena banyak duit. kalau nak banyak duit mesti kena gaji lebih. kalau nak gaji lebih mesti kena pangkat lebih. kalau nak pangkat lebih mesti kena kerja bagus. kalau nak kerja bagus mesti kena belajar betul2". dan korang rasa kalau nak belajar betul2 mesti kena apa pulak?? pikir2 kan lah ye...

so, for the second time..
HAPPY NEW YEAR 2011 !!
gudluck for ur wishes!!
dan semoga azam korang menjadi realiti.
siapa tahu..semua kehendak ditangan kita,tapi segala ketentuan ditanganNya . tapi jangan sekadar berazam jek tau, usaha itu pon penting jugak.
and lastly...
gudluck for ur wishes!!
=)


p/s : apa jadi kalau seseorang tu berazam nak jadi 'ultraman' ek...