Hepp! Hepp! Hooreyy!!
^^"
Bubye 2010 && Welcome 2011
yeahh!! Selamat Tahun Baru diucapkan kepada pembaca2 blog aku sekalian.. waahh pejam celik pejam celik rupanya sekejap je kita dah melangkah ke alaf baru 2011 kan. rasa macam baru jek semalam sambut tahun baru 2010.
kalau korang nak tahu, 2010 ni telah banyak mengajar kita erti kehidupan didunia ni. segala kenangan pahit manis suka duka semua tak pernah lari kan? banyak sangat kenangan yang telah kita cipta pada tahun 2010 itu.
jadi, yang pergi biarlah ia berlalu pergi. yang datang ni kita perlu sambut dengan segenap azam yang mungkin bakal merubah diri kita. berubah dari negatif kepada positif, yang baik kepada yang lebih baik. bercakap tentang tahun baru ni kan, agaknya apa azam korang eh?? dah pikir ke belom?? haa...kalau belom cepat2 lah pikir. jangan lah pulak sampai langsung tak nak berazam. banyak faedahnya kalau kita berazam ni. contohnya kita dapat mencipta sejarah yang mungkin sebelum ni belom pernah lagi tercipta. haa siapa tahu lah kan, azam yang korang impikan tu betul2 jadi kenyataan.. tuah dibadan jugak lah kan. tak kan lah korang tak nak berubah kepada yang lebih baik kan..so cepat2 lah pikir azam korang tu =)
apa azam aku??
korang rasa apa agaknya azam aku tahun baru ni eh..?
aku berazam nak menjadi yang lebih baik dari sebelum ni. aku ni kengkadang boros jugak taw, so sempena tahun baru ni aku berazam nak kumpol duit banyak2. nanti bila dah banyak aku boleh gunakan duit tu untuk keperluan aku. biasa lah..umur makin lanjut la katakan..hehe. aku nak beli rumah baru, kereta baru (lesen pon tak ambil lagi..huhu.insyaallah tahun ni ambil), dan semua baru2 lah. kalau dah ada duit kan makin senang kerja aku.. betol tak? so aku tahun ni tak nak lagi jadi yang pemboros.huhu..
azam kedua aku pulak ialah aku nak belajar betol2. bukan selama ni aku tak belajar betol2.. cuma main tu lebih sikit dari belajar. hehe.. banyak sangat godaan lah... tak tahan.hehe.. bukan godaan yang 'tuuuttt' tu tau. tapi godaan shopping, lepak2, dan seangkatan dengannya lah. memandangkan aku yang masih lagi ada mood nak sambung belajar, yang kalau sekarang ni aku hampir menghabiskan diploma, dan akan datang 'bakal' digelar calon degree (insyaAllah), aku berhajat nak buat yang sesungguh-sungguhnya. tak nak lagi main2. bila pikir2 balik nyesal pon ada jugak belajar main2. sebelum ni aku ada pergi seminar kerjaya, dia bagitahu "kalau kita nak hidup mewah mesti kena banyak duit. kalau nak banyak duit mesti kena gaji lebih. kalau nak gaji lebih mesti kena pangkat lebih. kalau nak pangkat lebih mesti kena kerja bagus. kalau nak kerja bagus mesti kena belajar betul2". dan korang rasa kalau nak belajar betul2 mesti kena apa pulak?? pikir2 kan lah ye...
so, for the second time..
HAPPY NEW YEAR 2011 !!
gudluck for ur wishes!!
dan semoga azam korang menjadi realiti.
siapa tahu..semua kehendak ditangan kita,tapi segala ketentuan ditanganNya . tapi jangan sekadar berazam jek tau, usaha itu pon penting jugak.
and lastly...
gudluck for ur wishes!!
=)
p/s : apa jadi kalau seseorang tu berazam nak jadi 'ultraman' ek...
No comments:
Post a Comment