Saturday, December 31, 2011

detik terakhir


11.35 malam..


detik ini merupakan detik sejarah pahit getir suka duka kehidupan aku .. aku harap tahun 2011 ini merupakan detik yang menjadi pengajaran dan pengalaman bagi hidup aku untuk aku teruskan hidup pada masa akan datang. 2011 banyak mengajar aku erti kesabaran..juga kebahagiaan. aku hargai segala pengorbanan orang disekeliling aku. terima kasih segalanya ya Tuhan ku.. kau telah mengajar aku erti kehidupan dalam diri aku.

detik 2012 akan muncul tak lama sahaja lagi. aku harap 2012 menjadi yang lebih baik dari tahun 2011. aku harap kebahagiaan mengatasi segala keperitan hidup aku sebelum ni. aku hanya mahukan yang terbaik. ya Allah , Kau berikanlah perlindungan orang disekeliling aku. aku bahagia melihat mereka bahagia walaupun bukan dengan aku. tiada yang lebih membahagiakan selain melihat orang2 yang aku sayang bahagia dengan kehidupannya.

"selamat ulangtahun 2012.. 2011 banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar"

Tuesday, December 13, 2011

Ketika Allah memilihmu untukku..




Padamu yg Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yang begitu sempurna..
Dengan cinta yang begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, kau pun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecik Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah..Aku adalah makhlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Adakalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jgn kau cuba meluruskan, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula menbiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata-katamu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh..
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman didalamnya..

Padamu yg Allah pilih menjadi penumpang hidupku..
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang dipundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yg Allah pilih sebagai imamku..
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adlaah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..