"Kringgg!!!" nset si Kayu berbunyi terima pggilan dr si Tiang..ohh jam menunjukkn 11.30 pagi . Masa suda smpai rasenye. yess!! mmg itu lah dye. Muka si Kayu bercahaya bagai terkena sinaran batu berlian apabila diberitahu si Tiang telah selamat tiba di depan pintu rumahnya. Si Kayu mencapai 'nugget' didapur untuk diberi kepada si Tiang. Dengan perasaan gembira, si Kayu membelek2 kunci yang berada ditangan..dan..okeh,,sepadan dgn lubang kunci. Si Kayu membuka pintu dan terus meluru pergi ke si Tiang tanpa menoleh ke belakang. Lirikan senyuman si Kayu kepada si Tiang tidak terhenti bagai ternampak sesuatu yang sangat menarik perhatiannya. Dengan perlahan2 si Kayu membuka pintu kereta dan duduk dengan senang hati. Nugget ditangan si Kayu disuapkan ke mulut si Tiang. Si Tiang kelihatan tersenyum jua melihat si Kayu. Mereka meneruskan perjalanan mereka ke destinasi yang dituju.
Si Kayu menjeling si Tiang dan si Tiang menjeling si Kayu. Ohh..terasa bahagia datang menghampiri mereka. Destinasi pertama mereka ialah di Railway Station. Setelah sampai di destinasi tersebut, si Tiang membuat pesanan "roti bakar 2, nasi lemak 1, teh o ais 1, dan teh tarek 1". Pesanan sampai !! yeah .. masa untuk si Kayu dan si Tiang mengisi perut. Kelihatan lebih kurang setengah jam masa berlalu. Mereka meneruskan lagi perjalanan ke Kluang Parade. Si Tiang memimpin tangan si Kayu melintas jalan..ohh sangat manis terasa. Bagai kn romeo dan juliet , mereka masuk ke dalam KP tersebut. Terjah 1 lokasi ke 1 lokasi...tiba di satu tempat permainan. Si Kayu gembira melihat si Tiang penuh khusyuk melihat permainan tersebut. Mereka meneruskan lagi berjalan dengan tangan si Kayu memegang erat tangan si Tiang sambil bergurau senda. si Kayu tersenyum seorang diri mendapati kebahagiaan.
"Vroommm!!" Enjin Waja berbunyi. Bunyi menandakan perjalanan si Kayu dan Si Tiang diteruskan lagi. Destinasi seterusnya ialah Kluang Mall. Setelah mencari tempat yang sesuai, waja ditempatkan di tingkat 2. Si Kayu dan si Tiang keluar dari waja tersebut dan masuk ke dalam mall tersebut. Perlahan2 si Kayu memegang tangan si Tiang menuruni eskilator. Setelah 3 tingkat di pusing, kelihatan sebuah kerusi panjang kosong. si Tiang mengajak si Kayu duduk bersama2. Gurau senda, senyum, dan tawa sangat kelihatan di mata si Kayu dan si Tiang. Mereka merasa bagai dunia ini mereka yang punya. Sifat si Tiang yang suka membuli manja si Kayu membuatkan si Kayu bertambah sayang kepadanya. Ohh .. masa mereka dihabeskan dengan gurauan manis.
Lingkungan 3.15 petang, si Kayu dan si Tiang meneruskan lagi perjalanan. Masa dipenuhi dengan destinasi seterusnya. Secret resipi menjadi pilihan mereka. Tenaga dalaman dipenuhi dengan special tea set dan kek. Chocolat strawberry kek menjadi pilihan si Tiang dan tiramitsu kek menjadi pilihan si Kayu. Mereka kelihatan seperti pasangan merpati yang tidak pernah renggang. Dari sudut jauh kelihatan mereka sangat gembira. Gelak tawa dan gurauan tidak pernah lekang dari bibir mereka. Si Kayu merasa sangat selesa disamping si Tiang..dan si Kayu pun mengharap si Tiang jua sama sepertinya.
Masa yang agak mencemburui, kira2 lingkungan jam 4 lebih..Si Kayu dan si Tiang menuju ke tempat dimana waja ditempatkan lalu mereka meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan, pelbagai cerita dan usikan di kongsi bersama. Si Tiang mengahantar si Kayu pulang ke rumah. Tetapi perasaan rindu si Kayu untuk si Tiang masih lagi tidak terubat. Si Tiang dan si Kayu yang saling menyayangi telah berpesan sesama sendiri. Si Tiang mengakui bahawa si Kayu adalah miliknya seorang..begitu juga sama dengan pengakuan yang dibuat oleh si Kayu terhadap si Tiang. Pelbagai perancangan telah dibuat oleh si Kayu dan si Tiang. Semoga ianya direstui oleh Nya..insyaAllah. Pertemuan si Kayu dan si Tiang ditamatkan seketika dengan menghulur tangan tanda salaman. Si Tiang mengucup tangan si Kayu sebagai penutup pertemuan tersebut. Si Kayu berharap pertemuannya lagi dengan si Tiang akan tiba tak lama lagi. Si Kayu membuka pintu waja dan memandang sekali lagi wajah si Tiang. Dengan bersaksikan pokok2 dan rumah2 pertemuan mereka tamat. Si kayu berjalan perlahan menuju ke pintu pagar sambil menoleh ke arah si Tiang. Senyuman terakhir dibekalkan oleh si Kayu untuk si Tiang semoga ianya menjadi peneman si Tiang sepanjang perjalanannya pulang.
Selepas setengah jam dari masa perjumpaan akhir si Tiang dan si Kayu, nset si Kayu berbunyi..."teeeett teeeett". Alhamdulillah.. si Tiang telah pulang dengan selamat. Hati si Kayu dah tak risau lagi. Kini si Kayu mengharap agar si Tiang sentiasa mengingatinya kerana si Kayu sentiasa merindui si Tiang.
TAMAT~
"Ya Allah ya Tuhanku... Kau restui lah hubungan mereka berdua"
amin...~
si Kayu : arekiss
si Tiang : adan
wahhhh,,,da jauh kowang date ye..xpat la cik 'P' nk nganjing2 lagi...hehehe
ReplyDeletebtw..sonok bace cte ko..sweet ssagat2!
smoge berbahagie hendaknye..
hehehe.. thx yad :)
ReplyDeleteuh la an.. rindu la kt kowg sume y ske ngnjing ktowg.. huhu..
amin.. insyaAllah :)